luv

luv

Feb 1, 2012

Zikir, doa dan surah menjelang bersalin....

Diam x diam....arini dah masuk 37 weeks so bile2 je ble nk bersalin...takut semua perasaan ade..arini TCA kat klinik seremban 2...berat dah x naik tu dah salah satu tanda mmg dah nk bersalin...tp kencing kotor sikit..nk kate kurang minum air x juga...erm maybe kurang minum air masak n banyak sgt minum air rebena hahaha...harap2 semua ok n berjalan lancar atas kuasa NYA...

so dalam nk melalui hari2 penamat 9 bulan nie..so perlu lah banyak doa,zikir n bace ayat2 alquran yg perlu diamalkan utk memudahkan bersalin...x cukup dlm buku yang aku pinjam dr akak...ape lg google la mcm2 blog ustaz n ustazah dan pengalaman ibu2..alhamdulillah kekuatan tu dtg tp kengkadang kekuatan tu pergi...huhuhu...

selain tu minggu lepas pergi rumah kakak kat slim river..bukan tuk bersuka ria tp menyempurnakan hajat di hati tuk meminjam akar siti fatimah...katanya untuk mempermudahkan bersalin dan mengembangkan rahim masa nk lahir kan baby..insyaALLAH semua tu atas kehendak Tuhan..dan izin dr NYA...

ini lah rupe akar siti fatimah tu....




    akar ni perlu direndam dalam besen yg agar besar 32cm cam tu la..jgn dlm cawan lak...nnt dia x kembang...buh air dlm besen tu kalau x cam ne nk mengembang hehehe...pastu dari hari kesehari dia akan mengembang..semakin nk bersalin semakin kembang...seeloknya lg 2 minggu nk bersalin rendam la akar nie...nnt dia akan jd cam nie lak...
   cam main magic lak..tp itulah hakikatnya...semua nie kuasa Tuhan...kita usaha je..usaha..doa n tawakal...insyaALLAH DIA  maha mengetahui apa yg diminta oleh hambaNYA...mlm nie nk rendam coz lg 2 minggu nk bersalin..berdebar pun ade gak..lg2 en Hubby...sbb sepupu beliau...rendam akar nie...bersalin lg 2 minggu..tgk2 rendam 2 hari terus air ketuban pecah...yg ianya mmg Tuhan dah tetapkan segala perjalanan kehidupan kita...ada gak org kate air rendaman nie ble buat air selusuh tuk memudahkan bersalin..air selusuh nie minum bile dah rs sakit nk bersalin...lebih elok suami sendiri yg buat air selusuh nie..cara nye...bace kan doa-doa dan ayat dr al-Quran nie keatas air td...kalau ada air zam2 lagi bagus...
  • surah al-Fatihah
  • surah al-Hasyr ayat 21-24
  • selawat syifa
  • dan doa dibawah nie








seterusnya den nk kongsi lak...tuk ibu2 bakal2 bersalin n tgu hari...doa,zikir n surah2 yg perlu dibace...
sebenarnya...Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila  hampir nk bersalin bacalah doa ini:

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :


“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

 Maha Suci Allah



Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

10.Sentiasa membaca surah Maryam.

Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

semoga dengan perkongsian ini kite sesama dapat manfaat dr Nya dan dipermudahkan untuk melahirkan amanah ALLAH...