luv

luv

Aug 15, 2011

Al-Fatihah.......

Hari ni rs cam x tau nk ckp...hambar je bile dapat tau kawan baik meninggal dunia..koma selepas kemalangan jalan raya..pada 10 ogos..lg sedih tau dlm FB..dah kebumi 12 ogos..ms tu gak aku on d way balik kampung ,Perak...teramat sedih sampai air mata nie x berenti..sbb dah lama x call or msg n arwah ada call 5 ogos tp aku x sempat angkat..ngah masak kat dapur..bile massage balik x reply...rupa baru aku tahu itu lah call terakhir arwah..tp x kesampaian...arwah org yg banyak bg aku ketawa..ceria..wlpn aku sedih dia mampu buat aku sambil kuar air mata sambil ketawa..hilang masalah bila berckp dgn arwah..dia sgt happy..ceria..wlpn dia juga x lepas dr masalah...Kuasa Tuhan x siapa mampu mengubahnya...sudah tiba masa nya nyawa di ambil dan segalanya tinggal kenangan dan pasti nye sukar untuk cari kawan sebaik arwah..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sisi Pencipta ALLAH SWT..amin..

Aug 6, 2011

Resepi yg Best patut di cuba...

MEE HAILAM

Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )


  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
  • 1 sudu besar cilibo
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus 'baby corn'
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara


  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  2. Tumis bawang (putih dan merah) yangtelah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  4. Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  5. Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.

 CUCUR TAUHU
  • 1 Kotak Tauhu lembut (tauhu jepun)
  • 1 ikat daun sup
  • 1 ikat daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji bawang besar
  • Segenggam ikan bilis @ 1 kiub ikan bilis
  • 3 senduk kecil tepung gandum (kalau lembik sangat,boleh tambah sikit lagi)
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya dan minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Hiris semua bahan- daun sup,daun bawang, cili dan bawang besar
  2. Ramas tauhu hingga hancur,campurkan dengan bawang hiris.
  3. Tumbuk ikan bilis.Jangan terlalu lumat. Kalau malas nak tumbuk ikan bilis,guna je kiub pati bilis tu.Hancurkan dan masukkan ke dalam bahan di atas tadi.
  4. Masukkan air dan tepung serta garam.Gaul rata dan goreng hingga kuning keemasan.

ohh..Ramadhan 2011....

arini dah ari ke 6 puasa..tp aku baru bape ari je pose..hukhukhuk...demi baby dalam rahim nie..di haruskan..kalau dah muntah2 nk pose cam ne...tapi dr semlm lg tingin nk makan puding berkuah koktel...slurpp best nye..kat sabah selalu mkn kat sini cam x pernah jumpe lak...nk wat sendiri n search kat internet berjaya gak...ptg nie nk buat la...kalau baby dalam nie ok..Ya ALLAH berilah aku kekuatan...

meh nk kongsi resepi nie sikit...
puding

kuah koktel
Puding Fruit Cocktail

Bahan2 untuk kuah

1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukkan pun tak apa).

Cara

Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuanmasak diatas api hanyalah untuk hancurkan gula dan sebati. Jika rasa gula sudah hancur olehlah tutup api tersebut. Masukkan dalam freezer.

Dan untuk custardnya pula.

1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

Cara

Campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat, akan perasan yg warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar. Setelah masak sudukan kedalam bekas2 kecil seperti bekas lompang, dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama, sedia untuk dimakan.

Note: Fruit cocktail ni sedap dimakan sejuk

arrhhhhh...x sabar nk wat nk tgu hubby balik..nk g beli barang....

Aug 1, 2011

Ramadhan datang lagi...

1 ogos...dah puase arini...cam keap je berlalu...tahun lepas puasa kat rumah sewa tahun nie puasa kat rumah sendiri..kul 5 pg dah bangun hubby dah gerak..tp x de dengar pun org bising2 nk sahur..ke dah lewat..tp x mau sahur awal2 kang baby dlm nie mintak nasi huhu amat merisaukan..sabar ye baby kite kene puasa..
lauk semua dah masak ..tgl perangat semula...goreng ikan bilis sbb tu je yg tekak aku mampu telan with nasi n teh o panas..igt pesan arwah mak..kalau puasa sahur minum air panas jgn minum air sejuk...dah le hubby selemo cian gak kat dia..harap2 ok...elok je pas mkn ubat azan pun berkumandang...hahaha nasib baik....nape azan arini cam awal je selalu kalau x pose cam lewat lak...ape2 pun ngah pk nk masak ape..ye ke masak..or nk berbuke ape..ptg nie harap2 hubby x keje sampai mlm..kalau x berbuke sorang la den nampaknye..huhuhu..eh x sorang ngan baby dlm peyut..ape2 pun salam ramadhan buat smeua...semoga ramadhan kali ni lebih sempurna dari yg lalu...insyaALLAH