luv

luv

Apr 20, 2012

Aqiqah,cukur Jambul n doa selamat Adi Zufar



alhamdulillah semua dah selesai...for adi zufar..ibu n abah dah buat aqiqah tuk adi zufar...
meh share skit tentang aqiqah tuk di kogsi bersama pada insan yang bergelar ibu,mama,mamie,ummi,abah,ayah,abi,walid dan sebagainya...

PENGERTIAN ‘AQIQAH

  • ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH

  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

  • Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
  • Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

 SYARAT ‘AQIQAH

  1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.

  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 

 PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

  1. Berdoa semasa hendak menyembelih: 


     بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya:
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.

  3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

  4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.

  5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

  6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 


HIKMAH ‘AQIQAH

  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
 tula serba sedikit info yang be dikongsi bersama ttg aqiqah...alhamdulillah dgn rezeki yang diberi oleh Tuhan...majlis yang kami adakan berjalan lancar..hampir 2 minggu gak wat persiapan nie..almaklumla x pernah wat kenduri atas kelolaan sendiri..nie kali pertama so rs la diri nie dah ade tanggungjawab..dah ade amanah dr ALLAH...


untuk menjimatkan wang hehehe kad jemputan wat sendiri atas ke kretifan la konon...alhamdulillah berjaya...pastu makan2 lak booking katering ROHANI EVENT CATERING kat Taman Rasah Jaya,Seremban ..mmg sedap  masakan dia orang...daging aqiqah pun dia org masak..urusan aqiqah juga dia org yg uruskan...alhamdulillah semua ok..dgn izin Allah..


buaian berendoi lak kwn en hubby pinjamkan so tgl hias jela...for d basic dia dtg ngan wife tlg hias..sbb dia nk sgt tlg kami..dan kami pun berbesar hati le terima hehehe..thanks en nazry darwish n wife...yg lain2 ibu zufar pandai tambah hehehe...anak lelaki wat simple dimple je...yg penting kain buai tu kain sampin abah adi zufar kawen...




doorgift tuk tetamu ibu n wan adi zufar buat sesama...x tau nk buh ape..ibu n abah beli sumi jelly,kek appolo n biskut Vira...yang pink tu tuk marhaban..just beli tasbih tuk sedekah...