luv

luv

Feb 6, 2012

Resepi ibu bersalin ( berpantang)


oh...nooooo !!!!! pas nie dah x ble nk mamam Mc donald's...dah nk menghampiri tarikh bersalin so...emak dah x de..yg ade mak mertua so kene la berdikari skit mencari resepi2 tuk ms bulan berpantang kang yg bape ari je lagi nie...semoga semua nye berjalan lancar..amin
 
dalam penggooglelan ni akhir nye mmg banyak sesangat resepi..utk en hubby belaja masak tuk isterinye hehehe...  Perawatan Tradisional Al Munawwarah (ble tekan je kat page tu kalau lebih nk puas ati) 


For sure mesti ade nasi..tenaga mesti mau ada.....

1 . NASI MENGKUDU
BAHAN-BAHAN :
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1 batang serai
3 cawan air rebusan daging
1 batang serai [ketukkan]
300 gm daging [rebuskan]
1 s/b serbuk lada hitam
1 s/b kerisek
3 ulas bawang merah [mayangkan]
2 helai daun mengkudu
garam

CARA PENYEDIAANNYA :

1. Bersihkan daging dan rebuskan sehingga lembut.
2. Masukkan beras, serai, air rebusan daging dan garam kedalam periuk dan masakkan saperti biasa.
3. Daun mengkudu di mayangkan halus dan rebus sehingga masak. Perahkan daunnya sikit supaya kurang pahit.
4. Daging diketukkan dan potong nipis.
5. Campurkan lada hitam, bawang merah, kerisek, dan garam.
6. Gaulkan dengan nasi sehingga rata dan hidangkan.

2 . NASI PEGAGA

BAHAN-BAHAN :
3 cawan beras [basuh dan toskan]
3 s/k lada hitam
1 cawan santan pekat [boleh gantikan dgn susu segar atau susu cair]
3 cawan air
150 gm daun pegaga
sedikit garam

CARA PENYEDIAANNYA :
1. Basuhkan pegaga dan kisarkan. Tapiskan dan ambil airnya.
2. Masakkan beras dengan air pegaga, lada hitam dan garam.3. Apabila hampir kering tuangkan santan dan masakkan seperti nasi biasa.

3 . NASI LEMUNI

BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 cawan pati dan remuni [kisarkan daun dan ambilkan airnya]
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 s/k halba
3 sm halia [mayangkan]
garam

CARA PENYEDIAANNYA:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak saperti nasi biasa.
2. Hidangkan bersama sambal ikan talang, ikan bilis goreng dan sambal kelapa.

Lepas tu mesti nk ade lauk pauk..x kan nasi je....hehehe

1 . HARUAN PANGGANG HERBA

BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ikan haruan
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1/2 inci halia bara
1 inci kunyit hidup
1 inci temu pauh
1 inci temu kunci
1/2 inci cekur
1 btg serai
10 ulas lada hitam
1-2 helai daun kunyit / daun pisang
sedikit garam n serbuk perisa

CARA PENYEDIAAN :

1 . Haruan disiang,belah bahagian belakang utk tujuan sumbat ramuan nanti.Diingatkan jangan buang sisiknya kerana disitulah adanya khasiat.Iaitu lendirnya.Cuci bersih dan toskan.
2 . Tumbuk halus bahan-bahan lain kecuali daun kunyit.
3 . Kemudian sumbat bahan tumbuk tadi di dlm perut dan bahagian potongan belakang haruan tadi.Perapkan selama 10 - 15 minit.kemudian balutkan dengan daun kunyit / daun pisang.
4 . Panggang di atas api yang sederhana selama 10 - 15 minit.
5 . Angkat dan sejukkan.Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

2 . HARUAN MASAK STIM BERTUMIS ALA SUMATERA

BAHAN - BAHANNYA :
1 ekor haruan
1 s/k minyak masak
1 cawan air mineral
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai
1 keping asam gelugur
10 ulas lada hitam / 1 biji cili besar
sedikit garam dan serbuk perasa

CARA PENYEDIAANNYA :

1 . Haruan disiang tanpa membuang sisiknya.Cuci bersih dan toskan.
2 . Hiris kesemua bahan-bahan lain.
3 . Tumis bahan hirisan td seketika.
4 . Masukkan haruan tadi bersama sedikit air.
5 . Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Masakkan pd api sederhana dalam keadaan    bertutup untuk 5 - 10 minit.
6 . Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

3 . HARUAN PANGGANG HALIA

BAHAN - BAHANNYA:
1 ekor ikan haruan
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

CARA PENYEDIAANNYA :
1 . Haruan disiang dan bersihkan.Toskan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.

**boleh gak guna ikan lain cthnye:------>ikan tenggiri,selar,cencaru,ayam(isi bahagian dada),daging(bahagian batang pinang) dan sebagainye...

4.Ikan tenggiri goreng halia

Bahan-bahannya :
  • 1 keping ikan tenggiri
  • 4ch halia di hiris dan di goreng
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
Cara membuatnya
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya

ade nasi..ade lauk nk sayur lak....

1 . KERABU PEGAGA

Bahan-bahan
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda

Bahan Tumbuk
1 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam

Cara Membuat
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..

2. SAWI TUMIS AIR

Bahan-bahan nya...


3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api


3. Sup Sayur Campur (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan

rase nye cukup la tu kan..for sure en hubby pun dah pening hahaha...usaha tangga kejayaan..kene blaja..ape pun mmg bangga dgn en hubby sbb dari zero now dia dah pandai masak n ble hidang tuk puan isteri yg dah sarat...sgt SAYANG kamu...nk bg skit   upss terbanyak lak...

semoga perkongsian ini lebih memudahkan perjalanan dalam tempoh berpantang....