luv

luv

Oct 16, 2011

Makan untuk 2 orang... :)

 bile bace bende nie...mcm2 aku pk sbb sekali timbang naik 3kg hahaha...19.10 nie TCA lg..hahaha tah bape lak naik...

Risiko Obesiti Sewaktu Hamil
Obesiti atau mengalami masalah berat badan berlebihan boleh menimbulkan komplikasi kepada wanita hamil dan bayi dalam kandungannya. Komplikasi ini boleh timbul sewaktu si ibu sedang melalui proses kehamilan, sewaktu melahirkan atau selepas proses kelahiran bayi tersebut.
Lebih membimbangkan lagi apabila masalah obesiti di kalangan wanita hamil ini boleh meningkatkan risiko kematian bayi di dalam perut atau selepas dilahirkan sebanyak dua kali ganda. Risikonya meningkat seiring dengan peningkatan berat badan si ibu.
Selain itu, wanita yang mengalami masalah obesiti sewaktu kehamilan ini juga cenderung berhadapan dengan risiko ‘Venous Thromboembolism’ (VTE) iaitu keadaan yang boleh mengakibatkan pembekuan darah dan boleh membawa maut. Selain itu wanita obesiti ini juga cenderung berhadapan dengan masalah gestational diabetes dan masalah tekanan darah tinggi (pre-eclampsia) berbanding wanita hamil yang tidak obes.
Kadar kelahiran dengan menggunakan kaedah pembedahan juga turut meningkat di kalangan ibu obes dan ini akan menyukarkan proses pemberian susu badan kepada bayi yang baru dilahirkan itu.
Peka Dengan Berat Badan
Bagi menangani masalah ini, ibu hamil disarankan agar kerap menimbang berat badan mereka dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantauan. Seorang ibu hamil wajar mencatatkan peningkatan berat badannya secara rutin khususnya sewaktu menjalani pemeriksaan antenatal bersama bidan, doktor mahupun pakar sakit puan. Kesedaran ini harus dipupuk sejak dari awal kehamilan lagi memandangkan risikonya yang amat tinggi kepada si ibu dan juga kandungannya itu.

Bagaimana Mengukur Kadar Obesiti?
Obesiti nyata sukar diukur. Walau bagaimanapun cara terbaik untuk menentukannya adalah dengan menggunakan kaedah BMI atau Body Mass Index. Namun terdapat batasan juga dalam menilai kadar obesiti menerusi kaedah BMI ini. Kaedah ini tidak mampu membuat kiraan yang tepat dalam menentukan jumlah kadar Massa Otot Tanpa Lemak dan kepelbagaian edaran ke seluruh tubuh individu. Malah kaedah BMI juga .

Memahami Ttentang BMI
Kadar BMI tubuh anda dikira dengan membahagikan berat badan pra kehamilan anda dengan jumlah ketinggian (m²) anda. Kiraannya adalah berdasarkan berat badan pra
kehamilan anda. BMI yang sihat seharusnya berada dalam lingkungan 20 dan 25. Keputusan di bawah angka 20 menandakan individu berhadapan dengan masalah kurang berat badan dan untuk angka 25 ke atas pula menandakan individu tersebut mengalami masalah berat badan berlebihan.

Makan Untuk Dua Orang
Jadi, jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil, adalah sangat penting supaya anda terus mengekalkan berat badan yang sihat. Ini penting bagi memastikan diri anda dan bayi yang dikandung itu turut berada dalam keadaan sihat serta sempurna.
Sebelum kita melihat beberapa strategi dalam usaha mendapatkan berat badan yang sihat, bakal ibu wajar memecahkan mitos yang lazim dikaitkan dengan wanita hamil. Tentu anda pernah mendengar tentang “wanita hamil perlu makan untuk dua orang.”
Menurut penyelidik dan pakar pemakanan antarabangsa, fakta itu tidak benar sama sekali. Walau bagaimanapun, mitos ini masih hebat diperkatakan sehingga ke hari ini. Idea yang menegaskan para ibu hamil perlu makan lebih banyak berbanding biasa tercetus disebabkan kononnya si ibu perlu memberi khasiat pemakanan yang secukupnya dalam membantu pembesaran bayi dalam kandungannya. Kenyataan ini tidak benar sama sekali! Sebaliknya ibu hamil perlu mengamalkan diet yang seimbang demi kebaikan bersama.
Kehamilan boleh dijadikan sebagai salah satu peluang yang terbaik untuk memperbaiki cara diet anda, lebih-lebih lagi jika anda jarang mengamalkan diet sihat sebelum kehamilan ini. Kebanyakan perokok wanita akan berhenti merokok apabila mendapati dirinya mula hamil, begitu juga dengan pengambilan alkohol di kalangan wanita bukan Islam. Jadi mengapa tidak mengambil langkah yang sama dalam diet dan senaman harian?
Kebanyakan wanita menjadi lebih peka tentang kesihatan mereka sewaktu hamil kerana mereka sedar risiko yang bakal terjadi kepada kandungannya jika tidak berhati-hati. Jadi, inilah masa yang paling sesuai untuk memotivasikan diri agar memulakan perubahan yang lebih positif terhadap diet harian anda.

Kekal Sihat
Satu lagi mitos yang harus dibuang ialah, ibu hamil tidak boleh bergerak terlalu aktif sewaktu mengandung. Sekali lagi, kenyataan ini langsung tidak berasas. Selain mengamalkan diet yang sihat, wanita hamil juga perlu kekal aktif sepanjang kehamilannya.
Memanglah ibu hamil tidak boleh melakukan perkara-perkara yang terlalu lasak sewaktu trimester pertama kehamilan. Tetapi senaman ringan seperti berjalan kaki ke kedai, membawa anak-anak ke taman atau berenang, itu adalah idea yang terbaik untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Kebanyakan wanita hamil tidak tahu, salah satu keseronokan yang bakal anda rasai sewaktu berenang ialah air mampu menampung berat badan anda. Semakin besar kandungan anda, aktiviti renang boleh membantu mengendurkan tekanan ini. Malah aktiviti renang juga boleh dikategorikan sebagai salah satu senaman yang sangat selamat, lembut dan melibatkan seluruh anggota tubuh anda bergerak untuk bersenam dalam satu masa.

 From: http://www.majalahpama.com.my

No comments: