luv

luv

Feb 28, 2013

Zufar Amanah Ibu dan Abah

Alhamdulillah hari nie 28 febuari 2013..genap usia Muhammad Adi Zufar 1 tahun...ibu terbayang semua detik-detik sehari sebelum melahirkan zufar..bertekak dengan doktor...dan akhirnya bertarung dengan kesakitan yang penuh nikmat untuk melahirkan zufar ke dunia pinjaman ciptaan tuhan.

Sesungguhnya anak yang dikurniakan Allah kepada suami isteri adalah suatu amanah dari Allah SWT. Anak bukanlah hak kita. Ia adalah hak Tuhan. Tuhan yang memberikannya kepada kita.jadi apabila dia adalah hak ALLAH maka ibu dan abah harus menjaga zufar dan insyaALLAH adik-adik zufar dengan penuh tanggungjawab.Amanah  adalah sifar yang mulia disisi ALLAH S.W.T jadi kita tak boleh main-main dan buat sambil lewa.

jika anak perlu berbakti pada ibu bapa nya sama juga ibu bapa perlu menunaikan tanggungjawab pada keperluan anak seandainya tidak mahu anak menjadi anak derhaka satu hari nnt..semoga zufar menjadi anak yang soleh.

untuk mendapat anamah tuhan yang tidak ternilai banyak rentetan perjalanan yang ibu dan abah lalui...semua tu mengajar kami rasa beryukur dengan apa yang elah diberi oleh tuhan dan percaya kepada qada dan qadar.pasangan yang lambat untuk mendapat jodoh,zuriat jaga terlalu tertekan kerana itu semua hak tuhan dan perlu percaya pada qada dan qadar, yang penting perlu berusaha,berdoa dan tawakal.


"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina"
(Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)


bila dah lahir anak yang kita dambakan haruslah kita jaga dengan sebaik-baik nya kerana.....Sabda Rasulullah bermaksud: Setiap anak yang di-lahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tua-nyalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi.

kita lah yang mencorakkan anak kita...melentur buluh biar dari rebungnya...insyaALLAH ibu dan abah akan memberikan didikan yang terbaik dunia dan akhirat pada zufar.semoga impian ibu untuk jadikan zufar tahfiz akan dikabulkan oleh Tuhan...



28 febuari 2012 - 4.27 petang-HTJ Seremban









ibu n abah luv u so much zufar

No comments: